assalamualaikum & hellow .. selamat pagi dunia alhamdullilah syukur atas nikmat iman dan rezki ALLAH pada pagi hari ini .. sebagaimana sabda rasul sesungguhnya pagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan - riwayat at-Tabarani ~
ayuh kuatkan mata,
teguhkan peribadi,
bangkitkan semangatMu,
di julang tinggi azammu,
setinggi helang melayang,
bebas di ruang paling sunyi,
melihat dunia yang luas,
seumpama hamparan permaidani..
semangat pagi ini akan terus berkocak sehingga ke malam harinya insyaALLAH .. mata ini tidak akan ku pejam selagi hayat belum dilapah sang izrail .. semoga hari ini lebih baik dari semalam amen ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
greece vs germany
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
malam sunyi semalam begema lagi dengan sorak gempita sang buana "eropah tengah" ... mengusarkan mata yang terpejam .. ingin saja menyaksikan sejarah terukir dengan sebuah lagi negara ditakluknya .. barisan hitler itu memang pantas mendapat gelaran "sang penakluk" .. kini mangsanya bukan sebarang negara .. negara "lagenda" yang lama sudah merdeka kini menjadi santapan sang penakluk ... seperti kata mereka "siapa yang kuat dialah juara" .. memang pantas kata itu dijulang semula .. tiada lagi nasib atau pertaruhan yang di bicarakan atau ketidakadilan corak "pemerentahan" .. yang ada cumabarisan terkuat ..
bertubuh kecil ,hebat dalam perancangan, pantas dalam tindakan, terus-terusan membakar semangat itulah ciri-ciri pegemudi skuat hitler "putih" .. P lahm nama diberi .. mencorak pecaturan atas dan bawah .. lilitan tangan bukan sekadar pangkat tapi taggungjawab yang diamanahkan .. membimbing bala tenteranya cara bertempur .. menghunuskan senjata terkuat untuk memandu pasukan ke hadapan .. tiada lagi olah bicara yang terkeluar hanya sorak gembira penduduk negerinya .. menyaksikan sebuah tembok sudah dimusnahkan ..
terdiam seketika negara jajahan otmaniah .. menyaksikan serangan yang tidak kenal erti lelah ... corak betahan yang di jadikan benteng menghalang kemaraan tentera hitler cuma sia-sia .. pecubaan demi pecubaan ditangkis derita .. kejutan demi kejutan merancakan petempuran .. dentuman kuat seakan-akan tenggelam dengan barisan "putih" terus mara kehadapan .. tampa diduga kubu yang dijaga rapi kini bejaya ditembusi .. menyaksikan pecaturan baru di halusi .. revolusi itu kadang-kadang harus dalam peperangan ..
semangat yang luntur akhirnya berkecai apabila satu lagi tembok berjaya dimusnahkan .. akhirnya semangat yang baru muncul semula .. serangan demi serangan dibentuk dan disusun rapi .. satu demi satu benteng petahanan cuba diuji .. sudut yang sukar saling berganti .. kaki yang kaku kini menerjah keruang petembungan epik ... sayang corak bertahan kerajaan Athens tak kekal lama .. beberapa detik kemudian runtuh lagi satu tembok pemisah yang menjarakan lagi dua kuasa besar ini ..
negara itu hampir sudah pasti ditawan sang penakluk .. tapi harus berhati-hati dalam kejayaan juga diselangi kegagalan .. tiada lagi ungkapan istimewa yang ada cuma "hero tua itu masih berbisa" .. selang seketika meraikan "hero tua" dalam bala tentera hetler ... anak muda yang baru diserap dalam unit pemusnah menunjukan taring .. meledakan satu lagi "bom" yang tidak dijangka ke tembok Athens .. seterusnya menghancurkan harapan untuk terus mara kehadapan ..
peledak yang terakhir menyaksikan satu lagi kubu skuat hetler tewas ...kelalaian benteng petahanan megundang padah .. kesilapan dijadikan titik petembungan satu lawan satu .. akhirnya kecudang Neuer buat kali kedua .. walaupun tembok kedua telah musnah ... masih tiada harapan yang besar untuk megubah takdir .. serangan terus diatur sehingga kedetik terakhir .. semangat juang "sparta" kini baru terserlah .. tapi sudah terlambat menyaksikan mereka tewas dalam gengaman sang penakluk ..
petembungan epik ini sangat megujakan ... dua kuasa besar saling berinteraksi menghasilkan kualiti yang dinanti .. tidak sia-sia pagi ku dihabiskan dengan berjaga .. mata yang layu sudah dimamah nasi lemak dan tea cina menghiyasi kepahitan hari sabtu .. cuti hujung minggu yang aku tak akan abiskan dengan aktiviti yang biasa aku lakukan .. sungguh aku merindui "bow dan bau rumput" setiap butiran anak panah dengan target yang sentiasa menjadi teman rapat kini hanya mainan mata .. aku tahu politik itu memang berat sebelah .. terimalah dengan redha kerna itulah politik malaysia ~
~~~~~~~~~~~~
summary
Goals from Phillip Lahm (39), Sami Khedira (61), Miroslav Klose (68) and Marco Reus (74) were enough to complete an overwhelming win with Georgios Samaras scoring an unlikely equaliser for Greece early in the second period. Dimitris Salpingidis netted a penalty for Greece on 89 minutes after Jerome Boateng was harshly penalised for a handball, but Germany were convincing winners on the night.~
~~~~~~~~
sekian coretan kali ini ~ senyum sokmo ~ ^__^
kalah menang adat pertandingan ~