assalamualaikum & hellow ~ semoga jalinan ukhuwan antara kita umat muhamad kekal sehingga ke akhir hayat bumi ini insyaALLAH .. pagi ini santapan aku adalah n3 fasal palestine .. rasanya dah lama aku tak postkan bekenaan palestine ini .. hari ini gak secara umumnya aku post gambar-gambar sokongan terhadap palestine .. tak banyak cerita yang aku boleh konsikan sebab tak tau apa yang terjadi dibumi barakah sana ..
koleksi gambar palestine ini dah ada lama dalam blog ni ... tersimpan kemas dalam draft aku sejak sekian lama ... cuma baru hari ini aku ketemu semula dengan draft purba kala yang masih segar dengan darah umat islam terpercik dalam naluri hati kecil ini
entah lah mugkin aku yang terlupa nak publishkan ataupun aku terlupa nak update fasal isu palestine ? whateverlah yang pastinya gambar-gambar ini semua masih utuh bernyawa dalam semangat nya yang tersendiri .. ada beberapa gambar yang aku baru update kebanyakan gambar dalam ni adalah gambar yang lama aku simpan
sebagai seorng islam seharusnya kita tidak boleh terlepas sedikitpun soal palestine .. kerna disitulah bumi yang diamanahkan untuk umat islam menjaganya dan mempertahankanya (aku disini cuma mampu megeluh mendengar pekabaran syahid pewira islam disana) .. disitu letaknya bumi barakah .. disitu jugalah kiblat petama dan tempat besemadinya ramai para ambia' dan syuhadah .. banyak peristiwa yang dikabarkan dibumi sana oleh sang pemilik firdausi dan rasul utusan istimewa "al amin" gelaran terpuji anugerah masyarakat jahiliah buat baginda rasullulah ...
aku baru selesai mentelaah satu satu karya PDF bekenaan gerakan islam HAMAS di palestine .. wah sungguh megujakan banyak pekabaran yang terselindung media massa .. misi dan visi serta pegolakan antara fattah .. kekejaman israel ,barat dan penindasan mesir (sewaktu hosni mubarak) , sejarah dan latar belakang gerakan , syahid ahmed yassin (dibawah hamas) ,pembunuhan tokoh-tokoh hamas dan banyak lagi ..
gerakan ini yang melahirkan ramai para syuhadah .. sekiranya mahu dibedah buku ini .. jawabnya panjang lagilah n3 kali ini ^__^ .. masyarakat palestine sana bangga memiliki gelaran seumpama itu .. tiada darjat yang lebih besar dari kurniaan rasul buat para penegak jalan ALLAH .. senungguhnya ALLAH juga berjanji membeli darah dan harta kekayaan umat islam yang membantu menegakan agamanya dengan ganjaran syurga .. ~
sekarang dalam usaha membelah dada buku tulisan yusuf Al-Qaradawi bekenaan politik mesir ~ insyaALLAH kalau ada lagi idea nak melulis akanku susuli pula sungai Nil .. berkisar sang peguasa , buaya , pasang surut nya sungai Nil dan kemarau serta firaun yang hidup semula ...
~~~~~~~~
sedikit coretan buat perindu syahid
anak kecil itu pantas berlari
bukan kerna takut atau gentar
tapi kerna semangat membara
diangkatnya semangat
dibawanya harapan
dijulangnya islam
mati atau hidup
tiada erti
jika bumi barakah
menjadi tawanan
amanah nabi
akan kami junjung
petahan bumi
dari dijajah
akan disusuli peluru
sedikitpun tiadaku gentar
menegakan panji para pejuang
kami disini memengang amanah
buat membela maruah islam
gambar bawah ini adalah gambar ketika real madrid vs ajax untuk uefa champions league 2012
bawah ini ketika celtic vs heart of midlothian FC 15 may yang lepas .. sewaktu mogok lapar di penjara isreal .
sampai dalam laut sudah bendera palestine bekibar .. ^__^
kali ini bendera palestine bekibar diatas puncak dunia .. siapa sangka gambar sekeping ini bisa megubah dunia ..
Mascot Donbo besama bendera palestine
saat hujan peluru melanda
tiasa satu tempat pun
bisa menjadi pelindung
hanya tadahan doa
buat sang peguasa
mohon keselamatan keluarga tercinta
~~~~~~~~~~
bumi itu sentiasa bermandi darah penghuni syurga ..