Seketika memerhati panas bergelut redup di tanah kelahiran ini merasakan hujan bakal mencurah tapi masih lagi menjadi tanda tanya bila akan berkahirnya penantian ini tak kala kepanasan awan sudah cukup merimaskan segala nafsu tidur petangku kini menjadi igawan negri ...
sambil membaca tulisan-tulisan intelektual dengan sebilah pisau sibuk membeleh dada pelam hijau yang bakal disantap petangnya .. ada satu pekara menarik perhatian aku berkenaan kemenangan Francois Hollande dalam pemilihan presiden Perancis yang lalu dan menjadikan beliau sebagai presiden Sosialis pertama untuk rakyat Eiffel Tower menggantikan Sarkozy.. serta perhatian seluruh dunia terhadap perubahan sikap politik di Eropah dan timur tengah ..
karya "takdir untuk Perancis' dan "mengubah takdir" yang dilahap abahku cukup megujakan sehinggakan lelap tidur semalamanku juga dihabiskan dengan "takdir untuk Francois hollande" , belahan buku yang cukup berpaksi kenyataan bukan mainan yang bakal megubah dunia atau "syok sendiri" . realiti bukan sekadar imiginasi bahkan fiksyen juga bisa megubah epik .
Hasil rumusan penaklukan negara "si ayam jantan" ini bukan coretan biasa tapi impian seorng presiden ... sungguh megujakan dari politik "ayam kampung" yang masih bergelut dengan pembubaran parlimen dan skendal keanak-anakan menjadikan mentaliti rakyat Malaysia sebagai umpan kemenangan ... sungguh tragik melihatkan anak muda yang sudah matang berfikir politik menerjah kedalam lamunan dewan rakyat yang kepincangan idea ... sungguh ahli ilmuan itu membisu ,sastawan bergelut dengan pesta keraian dan ulamak menjadi santapan sampingan .. menjadikan "pekara" sebagai tuhan .. dewan itu patut bercahaya bukan bergaya .. tan sri , datuk bukan umpanan kemewahan jauh sekali gelaran yang mulia tapi segulung tanggungjawab yang diamanahkan ..
anak muda ini bukan nak tunjuk lagak perwira sekadar luahan rasa .. kerana dewan sudah retak .. kebenet menanti hapak .. sebelum terlewat biarlah sekeping warkah yang tak berdaya ini menjadi hiyasan dalam blog ini biar seantero dunia tahu mainan politik Malaysia ..
~~~~~~~~~~~
terpulang siapa mahu menerima atau menolaknya ~ buat yang tak minat politik seperti aku tolong hindarkan diri dari merasa bahang kepartian sempit .. ambil saja yang mana berkenan dihati asal jangan memperdagangkan masa depan biar pilihan menjadi igawan sang peguasa