muslimin juga terdiam ... aku tampa sebarang bicara mahupun soalan terus saja mendengar lontaran ilmu yang disampaikan ... selang seketika jemaah mula terdiam lagi ,sekumpulan besar tabliq juga berada di situ merasa apa yang aku rasa .. penuh pesoalan mugkin !! ... ingt lagi pesan ustaz wan "akan datang kepada kamu dua golongan ulama .. yang petama dibayar dengan harta benda yang kedua dibayar dengan perilaku(perbuatan) yang megundang pesoalan" maka kamu harus berfikir sendiri apa yang harus di lakukan ...
perbuatan makan diistilahkan dalam mahad dulu sebagai medan ukhuwah .. maka tidur pula sebagai medan ilmu sesungguhnya tidur orng yang berilmu dan tidur orng yang kurang ilmunya adalah berbeza .. jemaah yang ada terpaku mendengar kata daie itu .. sekali lagi medan hikmah mula berbicara dengan pelbagai ilmu ... serta lontaran pesoalan dan jawapan yang sangat megujakan tampa sebarang gelak tawa riang sudah cukup memahamkan apa saja yang diperkatakannya dengan jelas .. cuma dengan makan dan tidur sudah dapat mendekatkan diri kepada ALLAH yang selama ini kita merasakan makan dan tidur hanyalah satu "fitrah" dalam kehidupan ...
Allahurobbi sungguh mulia insan agung yang menjadi daie pada malam itu .. tiada berbicara soal yang besar untuk mengangkat martabat islam ,tiada mukjizad agung dipersembahkan untuk memberitahu kewujudan maha kuasa , tiada juga ugutan neraka mahupun sogokan syurga untuk menyentuh hati dan naluri insan .. cuma dengan pekara madah hikmah "makan dan tidur" menjadi hidangan jiwa pada malam itu .. hebat sungguh daie itu ... huraian yang dikurniakan kepada ALLAH untuknya mugkin hidangannya pada usia muda dahulu .. semoga ALLAH melanjutkan usianya ..
Maaf namanya x sempat nak catitkan .. yang pasti mulianya insan itu lebih dari sekadar manusia biasa .. bukan bermaksud menyamai rasul cuma bual bicaranya seolah-olah ilham dari sang robb .. tuturnya lembut penuh bersopan ,lancar tampa sebarang kemuskilan ,jelas tiada lagi keraguan .. disampaikan dengan penuh senyuman ,mukanya seperti bercahaya ,putih indah berseri mencairkan siapa saja yang sedang marah , wajah tua uzur tiada kelihatan meski tongkat tua menjadi peneman .. berjubah putih, berserban .. duduk besila tampa meghirau tempat daie yang disediakan ... dihadapannya terus jemaah membentuk utaian halaqah tampa dipinta ... hebat sungguh insan agung ini, dikurniakan ALLAH kepadanya satu kehebatan,,, jemaah seperti sudah megetahui apa yang dimahuinya ..