Wahai hati,
tenang dan tenteramlah dikau seandainya ada yang mengocakmu! Usahlah dikau terusik oleh ujian dan cabaran yang timbul daripada makhluk, kerana semua makhluk ialah ciptaan-Nya yang bersifat lemah dan tiada sempurna. Kepada-Nya sahaja dikau berserah.