Saturday, December 22, 2012

senja dan gerimis


senja dan maghrib 
menutup hari yang syunyi 
dalam keriuhan teman membisik keceraan 
aku masih lagi terpinga mencari 
arah ada tujuan 

megusik senja hari ini dengan gerimis
seperti menggambarkan hari yang indah sudah tiada
cinta harapan dan kepercayaan 
semuanya tergantung dalam satu ikatan

pemilik hati ini sungguh memahami
tiap detik untaian rasa 
tiap masa yang menjelma
hanya satu yang ada 
~ DIA ~


“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci, cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi kalau ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budipekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.”
Buya Hamka