sandarkan pada ALLAH
via:Ustaz Mustaffa Kamal
Hidup di dunia penuh dengan keletihan, ibubapa letih dengan anak2nya, majikan letih dengan pekerjanya, guru letih dengan anak2 muridnya. Yang lebih meletihkan lagi apabila semua perbuatan kita tidak dinilai oleh Allah. Ini adalah disebabkan tiada sandaran dan pergantungan dengan Allah Ta'ala. Seseorang yng belajar hanya semata2 inginkan kesenangan duniawi saja maka segala yang dilakukan tidak memberi manfaat di negeri akhirat, seorang pendakwah yang berdakwah semata2 ingin mencari nama atau kedudukan tertentu semuannya tidak memberi manfaat untuk akhirat lalu jadilah ia orang yang rugi seruginya. Oleh itu marilah kita memperbaiki niat kita dan apabila ingin melakukan sesuatu hendaklah semata2 kerana Allah. Di hari mulia ini tak lupa juga kita disuruh memperbanyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. banyakkanlah berzikir nescaya hatimu sentiasa mengingati Allah.
Tazkirah pagi utk diri ini yg lalai utk dijadikan perkongsian bersama.
- Kepada guruku semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik2 balas balasan.