tiga subjek yang paling aku minat dan aku akan terus belajar walaupun aku sudah tamat belajar diperingkat ipt ..
yang petama ilmu falsafah kerana dalam falsafah memberi kita idea untuk megubah sesuatu bahan yang bukan realiti menjadi realiti serta mentafsir apa yang kita tidak ketahui untuk kita ketahui . dalam apa-apa bidang sekalipun falsafah adalah tunjang kekuatan dan keseimbangan untuk membentuk satu keharmonian .
yang kedua ilmu matematik . Ilmu ini yang paling meluas penggunaanya sebab dalam matematik kita diajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan bukan hanya satu kaedah sahaja . aku melihat matematik seperti sebuah puzzle yang mana kalau tidak lengkap satu puzzle maka gambar itu akan cacat sebaliknya jika kita dapat menyelesaikannya dalam masa yang diberi itu satu kepuasan . Otok tidak berguna langsung dalam matematik sebaliknya kemahiran untuk mentafsir sesuatu masalah ke dalam satu kaedah yang betul (jawapan tidak penting dalam math tapi cara/kaedah yang digunakan dalam penyelesaikan masalah). "jangan rumitkan jalan yang senang dan jangan senangkan jalan yang rumit buat sehabis baik kerana itu adalah matematik" ..
yang ketiga adalah perkaitan antara ilmu dunia dan akhirat . kedua-dua ini dipacu oleh satu bidang ilmu yang sama iaitu ilmu islam . Didalamnya terdapat banyak panduan kehidupan manusia dari segi mantal,spritual dan kemasyarakatan . ilmu ini paling meluas dalam semua bidang ilmu didunia kerana islam megajar kita bukan sahaja menjadi manusia tetapi megajar kita perkaitan antara manusia dan manusia ,manusia dan robb serta manusia dan alam disamping itu islam juga banyak melahirkan cendiakawan ulung bukan sahaja dalam ilmu akhirat tapi ilmu dunia . tampa hubugan-hubungan ini semua kita akan tersasar menjadikan dunia ini tidak seimbang . Bersyukurlah kita diberi nikmat iman dan islam sejak kita lahir ..kepada yang masih belum beragama islam aku doakan supaya hidayah allah megunjugi disetiap pelusuk hati kamu .