bismilah ...
kata iman pada dakwat
tulislah apa yang kamu mahu didunia ini
kerana itu adalah diri kamu
berkata iman lagi pada kertas
apa yang tertulis diatasnya
akan menjadi pahala atau dosa
kata pula iman pada tangan
lakukanlah apa saja yang kamu mahu
kerna nanti kamu akan menjadi saksi
kata iman kepada lidah
jangan sesekali menyakiti hati-hati manusia
kerana itu melontar mu ke neraka
kata iman pada jasad
jadikanlah amal soleh sebagai perisai
nafsu pula sebagai musuh
kata iman pada mata
kamu akan menjadi buta
jika jiwa kamu tak terjaga
berkata iman pada hati
fitrah manusia bukan senanga menjaganya
kerana itu manusia sering leka
~~~~