Wednesday, August 22, 2012

EL MORO 4 LIFE

KISAH INI TIADA KENA MEGENA ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH TIADA
(^______^) CORETAN DARI KAKI BANGKU TERUS KE MEJA TULIS ~


~~~~~~~~~~
usai solat maghrib hari ini , aku terlihat anak kecil berbaju kurung merah jambu bersama hijab hitam bermain-main di halaman saff solat lelaki . comel.. itu yang terdetik dihatiku . dengan telatahnya hampir aku tidak berganjak dari memehatikan gelagatnya. smbil menantikan solat traweh aku mendekatinya, bersenda gurau dan bertanya siapakah ibu bapanya itu yang menjadi siulan dibibirku . ternyata ramah juga anak kecil ini sambil menyatakan namanya dia sempat bersenda dengan getah yang bermain-main di tangannya seolah-olah mahu membedil ku . Nurul Anis binti Wan Zakaria nama yang dinyatakannya berasal dari kelantan baru menjejakan kaki ke penang bahasanya juga kadang-kadang megelirukan aku yang fasih berdailek penang masakan faham pelat kelantan mujur masih boleh difahami sedikit .

senyum saja bila dia menceritakan pejalanan ke kampung yang petama kali dia jejaki dan menceritakan makanan yang pedas serta abangnya yang selalu membulinya hampir setiap detik hanya dia yang bercerita aku cuma menjadi pendengar yang setia .

katanya di Penang panas tak hujan Allah murka . Aku yang mendegar, hanya diam seribu bahasa megatur jawapan buat anak kecil yang masih mencari ilmu sedang aku sendiri masih lagi cetek ilmu mahu menceritakan marifat tuhan pun tak layak apakan lagi memberi penjelasan aturan Allah . jawapan ringkas menangkis tomahan anak kecil itu dengan megatakan fakta serta penjelasan kecil yang sama sekali dia hampir tidak faham akhirnya aku tersenyum melihatkan dia keliru dengan fakta yang aku nyatakan .

"Nurul Anis nama yang dahulu pernah di sebut semasa sekolah menengah, sekarang jarang sekali nama itu menjadi siulan di bibir "bisik hati yang meguntai kenangan . selang beberapa detik pebualan kami datang seorang lelaki hampir sebaya dengan usiaku memberi salam sambil mempekenalkan diri . bahasanya iras-iras orang perlis jauh tafsiran aku mengatakan itu adalah abang Adik Anis .

Namanya Wan Anas bin Wan Zakaria , huh sasaran aku tepat sambil menjawab salam itu dengan bersederhana ,tersenyum meminta kepastian adakah dia abang Anis . berselorong Wan Anas menjawab ya sambil meminta memanggilnya Anas .

Aku terus berbual dengan Wan Anas tampa menghiraukan Adik Anis yang terus-terusan mengganggu pebualan kami berdua akhirnya langkah Adik Anis diatur masuk ke saff perempuan dengan kehampaan kerana tiada layanan dari kami yang sibuk bersoal sapa, masing-masing teruja menceritakan pengalaman hidup yang ditempuhi .

tersentak seketika apabila Wan Anas memberitahu bekenaan sekolah lamanya MRSM Merbok . rupanya Wan Anas mantan maktab sama dengan aku cuma dia senior dua tahun saja . Berjabat tangan lagi sekali tanda gembira bertemu dengan rakan pesekolahan takbir dan tahmid saling bertautan antara aku dan dia masing-masing seperti tidak pecaya bertemu teman seangkatan walau zaman sekolah kami tidak pernah bertegur sapa tapi ikatan ukhuwah ini seperti sudah lama tertaut  . Amalan lama zaman sekolah kami praktikan di atas Masjid Al-Amin . aku masih ingat ajaran petama sewaktu menjejakkan kaki masuk ke sekolah itu, pekara petama yang diajar adalah berjabat tangan . Hampir setiap masa ada petemuan diwajibkan bejabat tangan dengan erat megikut sunnah yang diajarkan rasullulah .

akhirnya terungkai juga kenapa dia fasih bertutur pelat utara dengan jelas tidak seperti adiknya . Pesoalan demi pesoalan bermain dimulut masing-masing sehingga berkumandang sautan bilal memanggil solat traweh berjemahan .

hari itu habis dengan pekenalan semula ketua pengawas tahun 2006 dan merupakan pelajar terbaik zamannya . Aku gembira sambil berharap ada lagi petemuan kali kedua . hampir terlupa aku menanyakan kampungnya di sini dan dari kalangan keturunan datuk mana mugkin aku megenali serba sedikit latar belakangnya . kecewa dalam kegembiraan .

~~~~~~~~~~~~~~
malam teraweh terakhir

hari ini aku langsung tak napak kelibat Wan Anas mahupun adik nurul anis mugkin masih belum pulang dari berurusan di Perlis sana . Jemaah yang dahulunya kurang, kini mampu megisi hampir 6 saff .tidak seperti hari biasa cuma 2 hingga 3 saff saja .Hari ini juga aku melihat muka-muka perantau yang pulang dan juga anak-anak muda yang mugkin mengambil peluang berjemaah traweh buat kali terakhir pada ramadhan tahun ini . Hari yang sayu bila menyedari itulah traweh terakhir ramadhan ini .hati sentiasa bergocak memohon dipanjangkan usia agar menemui ramadhan tahun hadapan .

petangnya menjadi medan untuk aku melepaskan segala tekanan dengan berjalan di sekitar kawasan perumahan  Seperti selalu bila ada saja masalah, itulah pekara yang aku lakukan . bejalan melihat segala yang terbentang di hadapan serta telatah manusia menjadikan aku kuat semula dan bersyukur atas segala kejadian.

melihat anak muda bermain bola serta anak kecil yang bermain buaiyan ditemani ibu dan bapa menyenangkan hati yang gundah . diatas track joging terlihat dua orang gadis seusiaku sedang berjalan ditemani seorang lelaki . Mugkin orang luar bisik hati ini kerana wajah yang sangat asing di kawasan itu .Terlihat juga kelibat imam masjid yang sentiasa berbasikal waktu petang besama anak-anak dan cucunya yang pulang beraya di kampung .

"Assalamualaikum" sapaan satu suara perempuan dari sudut belakang . "wassalam" jawabku yang masih belum tahu siapa yang memberi salam . muka di paling melihat satu wajah yang tidak asing lagi "Siti Aisyah" . Akak sinior yang juga merupakan mentor aku semasa di Universiti dulu menyapa dengan begitu sopan .

Dia megajakku berjogging, aku melihat jam talifon bimbitku dan akak aisyah terus memberi tahu jam di tangannya baru pukul 6 masih awal mahu berbuka dia berselorong . Tampa sebarang aktiviti yang aku mahu lakukan, terus saja aku megiakan pemintaannya . Kemudian datang seorang lagi perempuan besama anak kecil menemui Akak Aisyah .

"Mak Su !", panggil perempuan itu kepada akak Aisyah

"Ya, kamu datang jogging juga ?"

"tak lah kami datang cuma mahu ambil angin disini saja, Mak Su "

Aku tergamam dengan panggilan Mak Su yang digelarkan kepada Aisyah .seperti tidak pecaya, kerana Aisyah dan aku jarang berbual perihal keluarga masing-masing .Apa yang aku tahu Aisyah anak bongsu dari 5 orang adik beradik . abang dan kakaknya semua sudah berkawin cuma tinggal dia yang masih membujang sedang umurnya sudah melangkah 22 tahun .

"oh ya kenalkan ini Asdi kawan Mak Su"

aku hanya tersenyum mendengrkan nama aku diperkenalkan oleh akak aisyah .

"Asdi ini Farah , Wan Farah Nabila anak saudara akak dari Kelantan emaknya Asmira"

"Oh akak sulung Aisyah kan Asmira tu ? , selamat berkenalan . adik kecil itu Nurul Anis ?"  tanya aku sambil memerhatikan anak kecil itu bermain buaian disitu .

"macam mana awak kenal adik nurul Anis ?" tanya aisyah yang ingtkan kepastian

"di Masjid malam tadi sebelum solat traweh , ternampak adik anis bermain di saff lelaki jadi adi tegurlah kebetulan juga waktu tu adi dapat bekenalan dengan kawan lama sekolah dulu . Abang Wan Farah dan adik anis , Wan Annas " aku menjelaskan kembali segala pesoalan yang timbul .

terkedu tampa bicara bila takdir itu menemukan aku dengan keluarga besar Wan Anas tampa berfikir panjang terus saja menanyakan kabar Wan Anas kepada adiknya Wan Farah . Farah memberitahu bahawa abangnya kini berada di Perlis atas urusan kerja yang masih tertangguh di sana mugkin malam ni dia akan kembali semula ke Penang. Fikir hati kecil ini "masih ada lagi urusan sedangkan dua hari lagi sudah hari raya ", itulah dugaannya apabila berkerja sendiri .

"Abang Wan Anas" tegur akak Aisyah kepada ku seolah-olah memerli

tersenym saja aku apabila akak aisyah memerliku dengan gelaran "abang wan anas" kerana aku membahasakan dirinya "akak" sedangkan Wan Anas aku tidak bahasakan dirinya dengan panggilan abang , seolah-olah dia lebih tua dari Wan Anas sedangkan akak Aisyah dan Wan Anas sebaya, cuma mugkin sudah terbiasa gelaran Akak sejak dari Universiti lagi sebab itu susah nak tinggalkannya walaupun beberapa kali akak Aisyah menegur supaya tidak memanggilnya akak .

Hari ini Farah megenakan tudng hitam labuh dengan baju putih berlengang panjang besama selipar dan stokin kaki hitam . Suara yang merdu menyising taman permaian membuatkan aku terasa malu seketika dengan apa yang terjadi . akak aisyah terus memanaskan badan sedang aku masih bergurau dengan adik anis . Wan Farah mengambil tempat di sudut tepi padang tepat dihadapan aku .

wan farah dan adik anis cuma datang bersiar-siar saja bukan seperti akak Aisyah yang mahu berjoging dengan lengkap pakaian sukan yang longgar serta kasut nike putih besamanya juga Mp3 terus memecut laju kehadapan meninggalkan aku yang masih memanaskan badan .

aku cuba megejarnya tapi itulah pekara yang paling mustahir yang mampu aku lakukan . Aisyah yang juga merupakan atlit sukan, aktif dalam bola tampar sememangnya sukar untuk di tumpaskan . sehingga di suatu sudut hujung laluan berbasikal barulah aku dapat bersama dengan Akak Aisyah berjoging .

Jam sudah menunjukan tepat pukul 6.48 minit petang, setelah hampir 20 minit berjoging akhirnya selesai satu pusingan laluan berbasikal . Adik Anis dan Wan Farah masih disitu menantikan Akak Aisyah habis berjoging  untuk pulang besama . sebelum kami megambil haluan masing-masing Akak Aisyah ada megajaku kerumahnya kerana Aizat ingin betemu denganku setelah pulang dari Melaka . memandangkan hari sudah lewat jadi aku mengambil langkah terus pulang kerumah menantikan iftar besama keluarga dan dengan izinnya akan aku susuli bila ada waktu terluang .

~~~~~~~~~~~
malam hari raya

hari sudah menutupkan wajah , senja mula menyinsing lalu , deruan angin sawah mulai terasa , syawal yang di nanti akhirnya bergema disisi sayu terasa hati meninggalkan ramadhan tahun ini . Hari ini juada seperti hari raya dengan hidagan kuih muih besama dengan ketupat , lemang serta beraneka jenis rendang dan serunding menghiyasi meja iftar . Masakan ibu yang dahulu bersederhana hari ini meriah dengan kepelbagaian respi .

masa semakin laju adzan maghrib terakhir bulan ramadhan akhirnya berkumandang  , sahut menyahut adzan di sekitar kawasan ini membuatkan aku tidak berselera menjamah hidangan atas meja hanya serunding dan seketul ketupat palas menjadi pengalas .

langkah terus disusun untuk solat maghrib bersendirian . Cinta dan harapan megisi ruang kamar , sujud terakhir ku panjangkan megatur alunan bicara buat ilahi moga dia mendengar segala isi hati ini . Rindu menebal tiada tersakiti cuma jiwa megalun lagu sepi , biar takdir yang menemui hambanya . pecayalah pada sang kuasa kerana dia lebih tahu segalanya .Akhirnya terkeluar juga alunan madah cinta buat nya, kini aku lepaskan kepada sang maha kuasa menentukan takdir kami .

terasa lega dan tenang sekarang . keluar saja dari tempat solat menuju ke ruang tamu melihatkan sanak saudara menghiyasi rumah usang ini dengan warna pink . tahun ni semuanya bertemakan pink yang sungguh tragik buat aku . mata dipejam megatur langkah ke bilik tidur untuk menemui teman siber , luahan perasaan buat mereka tentang kekejaman seorang abang terhadap edul fitri tahun ni , moga ada yang sudi berkonsi cerita . blog demi blog aku jelajahi semuanya berkisar ucapan hari raya tidak terketinggalan blog aku juga sempat membuat sedikit coretan edul fitri buat rakan blog sekalian .

takbir mula megalun lembut di setiap sudut taman ini.  malam yang sibuk dengan pesiapan esoknya tentulah hari yang memenatkan buat semua kaum wanita dari kecil sampai ke tua semuanya tidak terkecuali cuma aku yang masih di dalam bilik seharian mencari sedikit "pegubahsuaian" dalam PC yang bakal di tenggelami arus pemodenan . Akhirnya siap satu projek mega  ,landasan keemasan megatur lembut screen PC tersenyum seketika buat para jemaah yang setia berada di belakangku melihat OS yang bakal terpasang . setiap alunan mesra megising PC ini besama dengannya di setakan pelengkap dan penyejuk hati aku di dunia ini "lappy" yang membantu aku dalam segala urusan .

hampir saja tidak menjadi memasang OS baru kerana ada gangguan "apaentah" . akhirnya bisa beroperasi seperti biasa Alhamdullilah syukur inilah hadiah terbaik buat syawal tahun ni cuma bila saja aku cuba beberapa perisian lain agak bermasalah berserta penyambungan internet yang tidak lengkap (xfaham) . akhirnya terpaksa aku undur diri mencari CD kosong untuk di install sebelum ini aku cuba guna pendrive kerana stok CD kosongku sudah habis dibakar dengan alunan muzik . Sesudah selesai install OS untuk kali kedua aku masih tak faham beberapa langkah dalam install seterusnya megakibatkan berulangnya pekara yang sama sebelum ini . tampa megambil resiko lainnya jadi terpaksa nyahinstall OS baru . apa-apapun ujikaji aku hari ini bejalan lancar . Hari yang indah untuk di kenangkan , jam sudah menunjuk pukul 3 pagi mata yang terjaga dari siang kini mula menunjukan jalan pulang .

~~~~~~~
pagi raya
...........