Saturday, November 10, 2012

hakikat



Lukisan masa berlalu - tanpa kita sedari masa yang ada berlalu di tepian sisi dengan pantas ... Adakala membuatkan kita hampir sama sekali tidak sedar akan hakikat ini .. sesungguhnya ALLAH juga telah berjanji dengan masa .. siapa yang meggunakan masa sebaik mugkin maka dia telah berada di landasan terbaik dalam hidupnya ..

waktu-waktu yang ada terus berlari meninggalkan setiap detik yang tidak akan dapat dikembalikan .. pentas dunia seakan terus memecut dengan usia yang kian bertambah ... yang tinggal hanyalah baki-baki untuk digenggami dan itulah masa-masa yang ada bersama-sama hayat ini. ... 

aku selalu singgah di teratak usang nun dihujung kampung kerana disitulah yang megembalikan setiap memori sambil ditemani deruan angin sawah yang menghijau .. sungai megalir dengan masa terus berjalan menanti detik adzan magrib disitulah tempat rehat yang paling nyaman ..

kini pondok usang itu telah ditenggelami masa , sungai yang jernih telah membentuk wajah pudar .. kenangan dahulu hanya mampu dikonsi tiada lagi kesan yang indah - saat balik dari kelas pegajian al quran disitu lah tempat menatap masa dengan teman yang kini jauh dirantau orang ..

kenangan itu begitu indah untuk diabadikan dalam coretan ini kerana dia yang membuka jalan menuju ke puncak harapan .. aku rindukan kamu wahai teman semoga petemuan itu masih berpihak kepada kita ... 

~~~~~~~~~~~

"setiap kali “terjun” ke alam maya ada satu yang aku ingin luahkan tapi belum terdaya menyampaikan kalimah itu"