Saturday, August 25, 2012

rahsia ALLAH


Aku yakin satu perkara  "Allah tak pernah menipu hamba-Nya".

Teruskan bekerja. Buat apa yang sepatutnya kita buat, pasti di hujung nanti Allah akan bagi kemanisan yang tidak mungkin dirasai oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar melaksanakan kerjanya.

Hidup ini penuh dengan rahsia. Apa yang kita rasa macam tak nampak hasilnya hari ini, sekiranya kita terus berjalan, bergerak dan bekerja melaksanakan apa yang kita mampu laksanakan, pastinya suatu masa nanti Allah membukakan jalan yang tidak disangka-sangka untuk kita.