Tuesday, August 21, 2012

politik bukan "politik"



assalamualaikum & hellow ,dari krisis sehingga katastrofi yang melanca penghidupan umat terbanyak hendaklah diselesaikan secara dinamik, pragmatik dan praktikal berasaskan intelektualisme bukannya hanya bersumberkan perilaku politik, apatah lagi perangai sendiri kerana itu Islam menunjukkan jalan syumul yang paling benar dan paling tepat.

~~~~~~~~~
usah ber"politik" dalam hidup kerana setiap pekara harus ada juga ketegasan
~~~~~~~~~

selamat hari raya yang "politik"-  kadang-kadang bagus juga bergaul dengan orang ber"politik" ini macam-macam hal boleh kita belajar seperti seorang pakar dalam segala bidang perihal agama sehingga kejahilan , dari soal bandar sehingga ke hutan belantara , dari soal hati sehingga ke soal mati , dari bab makan sehingga ke bab memancing ..dari facebook ketwitter menyusur pula ke dalam blog seterusnya kedada-dada akbar hampir setiap pekara seolah-olah sudah dirancang .

Politik dan Demokrasi amat tidak reliven buat masa sekarang kerana pemilihan yang sangat berat sebelah menjadikan siapa lagi lama berkuasa dia bisa megatur stategi kemenangan ini bukan siapa yang bagi tahu orang dalam "politik" juga . Segala macam jentera di guna pakai menyinsing pegerakan lawan seolah-olah kuasa yang sama sekali tiada tolok bandingnya .

dari kata sehingga ke poster , wab-wab sehingga ke blog yang becambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberi kata-kata janji serta hasutan keji semunya boleh kita dapati dalam dunia politik .

~~~~~~~

cetek pemikiran ahli politik yang ambil tahu segala hal sedang diri yang masih lagi tercari-cari nisab kehidupan . Politik bukan sekadar pemilihan ataupun kemenagan .. politik cuma satu sampah yang digunakan apabila tidak dapat menyelesaikan masalah . Aku bukan ahli politik yang pakar dalam hal politik .. cuma anak muda yang mentelaah buku novel cinta mahu juga membelambakan lagi artikal politik malaysia yang semakin hari semakin menggerunkan .. tidak aku takut akan perubahan mahupun kesaksamaan .. berfikirlah dengan lebih matang sebelum melangkah ke dalam dunia politik ..

sejujurnya politik US lagi ber"demokrasi" , politik jepun lebih "dramatik" ,politik cina lebih "kejam" dan politik mesih yang masih mencari cahaya semoga ikwan disana terus berpaksi di bumi rialiti .. politik malaysia ??

~~~~~~