Sunday, July 8, 2012

cerpen:Anisah Amirah




Hari ini hari ahad. Cuti. Pastinya banyak aktiviti yang boleh dilakukannya. Pada hari-hari lain  masaku dihabiskan di kuliah-kuliah yang terpaksa dihadiri.diriku amat gemar meluahkan segala rasa hatinya dengan menulis . Segala yang tersimpan akan diluahkan ada masanya di  dalam blog dan kadang dalam buku atau di mana saja yang boleh ditulis.Segala yang tersimpan akan diluahkan megikut kesesuaian dan kewajaran . 

pada malam itu aku terbaca dari satu laman yang menarik artikalnya. semua tulisannya menawan kalbu sunguh luar biasa karangannya bisik hatiku.Tentu seistimewa pemiliknya dan aku tidak tahu mengapa aku berasa amat perlu untuk mengenali lebih rapat dengan gadis ini.

“Takbir Mimpi … aduh, unik nama itu. Tentu seistimewa pemiliknya,”bisik hatiku"

ternyata aku amat tertarik pada tulisan-tulisan yang dikarang oleh Takbir Mimpi . Semakin hari, aku semakin berminat untuk mengenali Takbir Mimpi .entah mungkin sebab tulisannya atau kisah hidupnya .aku cuba meminta id YMnya melalui rungan bual yang ada dalam laman itu.ke esokan harinya aku dapti dalam ruang bual blog aku terdapat nama Takbir Mimpi bersama id YMnya.

setelah berkenalan barulah aku tahu namanya Anisah Amirah. Anisah merupakan mahasiswi sebuah universiti tempatan dalam falkulti Perundangan Islam ,anak kelahiran Pasir Puteh ,Kelantan Dan dia adalah anak bongsu tetapi Ibu Bapanya telah lama meningal dunia . Gadis itu terlalu tinggi budi dan nilai pekertinya. Terlalu sukar untuk aku cuba mendekatinya.

Amirah agak mudah untuk diajak berkawan tetapi aku tahu Anisah sukar untuk dirapati tidak seperti perempuan lain. Jauh sekali untuk lebih daripada itu. Melalui gaya perbualannya, Anisah masih sukar untuk difahami oleh aku .Secara tidak sengaja, alu sudah menjadi pembaca setia di Perindu malam. Setiap untaian kata-katanya ternyata memukau kadang membuat aku tersenyum sendirian.

aku masih mencari jalan untuk mengenali lebih rapat dengan gadis itu segala langkah mula diatur untuk merapatinya.Sejujurnya, aku sendiri masih tidak yakin untuk menambat hati Anisah.dia agak pemalu. Kekadang itu aku menganggap Anisah terlalu sombong .

seperti biasa aku mengedit blog aku dengan post-post yang belum dipublish kan dan malam ini agak sepi mungkin kawan-kawan aku masih study dalam bilik bacaan kerana besok ada test Math .Kebiasaanya aku study lewat malam.Hujan pada sebelah siang hari membuatkan malam lebih dingin. Angin bertiup lebih damai dan terasa tenteram ,lewat malam aku dihubungi oleh jurulatih bahawa esok ada pertandiningan memanah bertempat di universiti dimana tempat Anisah belajar .huu biasalah hidup di universiti kadang berita itu sampai tak kira masa dan keadaan .

ketika itu Anisah masih on9 aku cuba untuk memberi kabar itu tetapi hatiku agak gundah.secara tidak disangka  Anisah telah mem'buzz' aku .Pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku tidak dapat digambarkan ,sebak dalam gembira .aku cuba mengambil peluang memberitahunya pekara itu dan mengajaknya bertemu.Dia cuma memberitahu pasar berhapiran Mutiara pukul 8 malam .kemudian dia terus off line. aku tertnya-tnya kerana dikampus aku juga terdapat kolej Mutiara .hari itu berlalu dengan penuh persoalan.

tepat pukul dua kami tiba di universiti itu dan diberi tempat penginapan pelawat klass "V.I.P" di kolej Mutiara sekali lagi aku kebengungan kerana peserta lain tinggal di asrama kolej Mutiara. dari malam tadi sehingga sekarang aku sentiasa dalam kebengungan dan persoalan .entah dalam minggu ini aku rasa lain dari minggu-mingu biasa.

selepas solat Asar di masjid universiti aku ke padang sasar sebelum pertandingan esok untuk mengambil info sedikit selok belok padang sasar dan membetulkan semula alatan yang rosak disamping bertemu semula dengan rakan-rakan memanah dari universiti lain . Dalam perjalanan ke sana aku terlihat sekumpulan siswi berbaju kurung,bertudung dan tiga lainnya berpurdah .aku tunduk malu melintasi mereka. selepas pulang dari padang sasar lewat pukul 6.30 petang aku log masuk YM dan terdapat satu masej off line dari Anisah Amirah dia memberitahu malam ini berjumpa di salah satu gerai di pasar dan pelawaanya juga menyuruhku tepat pada masanya.

Dia memang seorng yang luar biasa bisik hatiku.Malam ini aku bakal menemui srikandi yang diidam-idamkannya.melihat wajah aslinya suaranya huu membuat aku berasa teruja.

Selepas solat magrib aku terus turun ke pasar yang berada kebetulan di bawah kolej penginapan aku disini .Dengan sabar aku melangkah dari satu gerai ke satu gerai. Masih tiada gadis yang bernama Anisah. Sehinggalah disebuah gerai menjual pakaian,dilihat dari jauh seorang gadis berpakaian serba putih ditemani beberapa orang rakannya ,wajahnya suci pandangan pertama itu benar-benar menggugatkan naluri , Ayu matanya seakan membutakan pandangan sejenak.lantas ku tersentak dengan suara lunak itu :

"emm ... awak teman YM saya ya ?”
“Oh ya… saya ”
"Awak ?"
" Anisah… Anisah Amirah Binti Asri"

Tiada ucapan seindah syukur memperkenalkan aku denganya . gadis itu tersenyum, tunduk dan membetulkan aluran kain tudungnya. bagaikan terpukau dek keindahan paras rupa wanita di hadapanku ketika itu . Degupan jantung seakan berhenti berdetak. Aliran darah seakan berhenti menyelirat ke seluruh tubuh. Ku menarik nafas panjang.Entah mengapa pertemuan malam itu terlalu istimewa bagi ku .melihat dirinya tak seperti wanita yang aku kenal dia terlalu indah seindah bidadari.Belum pernah aku melihat gadis seayu itu. Anisah Amirah benar-benar berjaya mencuri hatiku.

Banyak yang dibicarakan walapun hanya setengah jam pertemuan itu bagaikan setahun lamanya . Ternyata perwatakan di YM dan di luar hampir sama cuma lebih lebih kelihatan malu-malunya serta susun bicaranya sememangnya luar biasa penuh peradaban .

keesokan harinya aku menghadiri pertandingan itu dengan semangat yang tinggi .aku memerhati segenap penjuru mencari Amirah dan ternyata dia berada di situ juga .huuu bisik hati "andai aku tewas sekalipun dalm pertandingan ini aku sudah tidak kecewa kerana aku telah menang dalam pertndingan hidup"

setelah tamat pertandingan pada hari ke tiganya .pemenang keseluruhan diumumkan dan aku tewas mugkin atas kegagalan dalam focus sepanjang pertandingan . keputusan itu juga megundang ketidakpuasan hati jurulatih . sepanjang hari aku ditegurnya tapi tidak satu pun termakan aku hanya mampu tersenyum dan dibuai oleh wajah Anisah . Pada malam harinya diadakan majlis penyampaikan pingat dan perasmian penutup pertandingan . saat itu barulah aku sedar apa yang belaku sepanjang minggu penuh perasaan .

pingat dikalung dan nama pemenang dipanggil , namaku hanya dua kali menghiyasi pentas . sememangnya ini merupakan catatan terburuk sepanjang berada dalam legasi pertandingan ini dengan hanya memiliki tiga pingat perak jauh dari kebiasaanya ,hati aku mulai tersentuh dengan tindakan aku sepanjang minggu pertandingan. focus aku mulai kabur ucapan maaf dipohon buat jurulatih dan teman-teman seperjuangan . Hanya dua pingat dalam acara induvidu dan satu dari berkumpulan bejaya mengiyasi pentas malam itu .. minggu ini berakhir dengan perjudian terbesar dalam sejarah hidup aku , menggadaikan segala kepercayaan yang diberikan dan aku membalasnya dengan kepetingan diri . sedih juga megenagkan peristiwa itu ..

walaupun tewas aku bersukur kerana pertemuan aku dengan Anisah memberi keyakinan untuk berjuang semula dalam anrena lain .. pagi keesokan harinya saat semua peserta mahu meninggalkan kolej kediaman di sini . Aku mencari-cari wajah Anisah tapi tidak ku temu mugkin sibuk dengan kuliahnya lantas satu SMS masuk mengucapkan tahniah atas kejayaan ku semalam dan ucapan selamat jalan . Nombor yang tidak diketahui asalnya juga nama yang tidak dinyatakan megundang senyuman aku . Dalam hati berkata itu dari Anisah tidak sempat ucapan terima kasih dihantar masuk SMS dari no yang sama kali ni dengan memperkenalkan dirinya  . Sasaran aku megena ternyata no itu milik Anisah hanya senyum sendirian megisi ruang van universiti

KINI, hampir dua tahun aku mengenali gadis bernama Anisah. Ya, gadis ini amat istimewa. Tiada siapa yang mungkin mampu menandingi pekerti gadis ini.Memang aku sering mengimpikan untuk diketemukan dengan gadis seanggun Siti Zulaikha dan semulia Siti Khadijah. Hari ini, segala yang diimpikannya sudah berada di depan mata. Rasa cinta dan kasihnya pada Anisah Amirah semakin menebal. Terlalu sukar untuk melupakanya.

aku terus mendongak ke langit. Butiran-butiran bintang terus bertebaran, mencerlang indah menemani malam sepi

“Semoga kau kekalkan rasa cintaku ini ke akhir hayatku Ya Tuhan. Satukanlah nyawa kami semata-mata keranaMu ya Allah, ya Rabb. Namun andainya jalan kasih ini bukan disandarkan semata-mata keranaMu ya Allah, maka sebaiknya Engkau jauhkanlah kami dengan dengan cara sebaiknya. Aku sandarkan cintaku ini kepadaMu ya Tuhan. Pemilik sekalian alam… Amin ya Rabbal Alamin…”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTAKAKIKUDA:

huh terasa rindu pulak nak buat cerpen ^__^ .. ini adalah cerpen pendek aku zaman-zaman kekudabelangan ..  sebenarnya aku baru jumpa cerpen ni time melawat blog sedara ceq kat nuuu jauh sana .. ha ha ..  cerpen ni boleh kata yang senior lah dalam koleksi blog aku ~ saja nak refresh balik tu yang post ha ha .. satu yang masih sama dari dulu sampai skrng bila aku baca balik tulisan aku ni .. kesalahan ejaan dan penggunaan kata yang entah apa-apa .. huuhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
tak ada kena megena antara yang hidup atau pun mati 
cuma nak berkosi 
harap fahami
terima kasih-i 
hihihi