Wednesday, May 30, 2012

berdampinglah dengan Ku wahai ilmuan


Bila kita mendekati ahli-ahli ilmu, kita akan merasakan bahawa diri kita ini terlalu bodoh dan masih jauh daripada mereka. Hanya bila wujud perasaan begini, barulah keinginan untuk belajar dan mengkaji itu semakin membuak-buak.


Selagi kita selesa bermain dan berputar di sekitar tahap akal kita saja, sehingga bila-bila pun kita tidak akan berkembang dan kita kehilangan ghairah untuk mengkaji dan menuntut lebih banyak ilmu.

Kadang, bukan kerana sombong semata-mata yang menghakis kesungguhan kita untuk belajar lebih banyak dan lebih banyak lagi, tetapi kerana keselesaan yang sedia ada telah merosakkan dan membakar kesungguhan dalam jiwa kita. Sehingga kita tidak bergantung harap melainkan kepada silibus dan sukatan pelajaran.

Akhirnya jadilah kita pelajar silibus yang hidupnya di atur oleh silibus. Luar daripada silibus, dia sudah tidak tahu.

teladanilah contoh-contoh pegembara silam yang mencari dan megkaji ilmu seperti ibnu sina ,batutah, khaldun, dan hampir kesemua ilmuan islam zaman pemerintahan abasiayah dan utmaniyah .. mereka sanggup meredah gurun panas ,berdepan perompak serta pelbagai lagi halangan demi mendapatkan ilmu walaaupun jauh beratus-ratus batu .

ilmu bukan sekadar di teladah dari bahan-bahan ilmiah sahaja yang sekarang menjadi sebahagian dari kehidupan hampir keseluruhan pelajar termasuk aku sendiri yang melihat ilmu cuma sekadar "pointer" . Mugkin amalan itu boleh terhapus bila masuk alam pekerjaan nanti kerana disitulah keupayaan mencari dan mengkaji situasi akan megajar erti ilmu yang sebenar .

berhadapan lah dengan mereka-mereka yang bijaksana dan lebih berpengalaman berkaitan sesuatu hal pasti kita akan tahu beza pemikiran dan idelogi kita dengan mereka ..