Wednesday, May 8, 2013

Say no to racist



usah meniupkan api perkauman buat masa sekarang,kita semarakkan obor perpaduan,suluhkan jalan di depan,tujui hasrat murni bersama,bau-bau rasis hendaklah diharumkan demi namamu "Malaysia",bukannya kalut selepas jatuh kuda,keldai disalahkan...Selamat Pagi Malaysia

bendera sepanduk parti perlu dibersihkan, namun panji-panji perjuangan harus perlu terus dikibarkan,semangat itu tidak harus dinodai bau rasis yang hapak,namun kita ke depan dengan tangan Melayu Cina India Kadazan Dusun Bidayuh...yang memegang utuh...ayuh, kita ke hadapan, bukannya terkebelakang.

buat teman yang tersinggung dengan erti perkauman...ini nasihat ayah nik semalam..biar kita jatuh terhempap batu bata sekalipun asal nyawa masih bertau utuh jangan sesekali lupakan ALLAH...walaupun bukan dalam kalimah yang sama atau memiliki personaliti yang sama tapi kita miliki naluri dan insani yang sama..dijadikan ALLAH untuk kita perasaan dan pengharapan..kedua-duanya saling bertaut antara satu dengan yang lain...bangsa bukan menjadi penghalang silaturahim...agama bukan pencetus provokasi..ataupun warna kulit yang menjadikan kita berbeza..semuanya sama disisi tuhannya yang menjadikan kita berbeza adalah iman..jangan kamu lepaskan akar kehidupan itu...kerana disanalah bermulanya semua penyelesaian..

Islam tidak mendidik umatnya mengutamakan bangsa

Say no to racist

We are family
Malaysia is our home