besangka baik?
Memang sedaplah bila hujah 'bersangka baik' dan 'berlapang dada' dijadikan sebagai jawapan untuk menutup hujah-hujah yang akhirnya tidak berhujung pada logika dan fakta.
Lepas ni kalau saya buat salah, saya akan kata, 'bersangka baiklah, saya ada cara fikir saya.' ataupun 'Berlapang dadalah dengan khilaf. Jangan paksa saya terima awak.'
Senang. Selamat.
Yang lebih bagus, nanti kebenaran itu akan sentiasa terlihat di pihak kita, kan?
Kerana (kononnya) kita berakhlak.