Saturday, February 23, 2013

21453


Hidup ini adalah perjuangan membumikan cita-cita.
Orang yang tiada cita-cita umpama mayat hidup berjalan di atas dunia.

~~~~~~~~~~


Kadang, kita ini menjadi orang yang lemah cita-cita dan keazaman dalam melakukan sesuatu yang tinggi nilainya untuk kehidupan kita bukanlah kerana susahnya melakukan perkara itu, tetapi kerana jauhnya kita dari Allah.

Jauh dari Allah adalah penyakit kepada banyak masalah dalam kehidupan kita.
Bila jauh dari Allah, kita pun akan terpaksa mencari penyelesaian-penyelesaian sempit dan rendah nilainya sebagai jalan keluar kepada masalah yang ada. Hakikatnya, ia tidak menyelesaikan masalah pun. Ia cuma menyelesaikan sebahagian masalah, tetapi ia tidak menyelesaikan akar kepada masalah.

Bila akar kepada masalah masih bermasalah,
maka lepas ni ia akan membuahkan lebih banyak masalah lagi.