Sunday, December 2, 2012

impian mempunyai seorang isteri




assalamualaikum dan hellow selamat dhuha buat sekalian manusia .. alhamdullilah hari ini masih mampu tersenyum walaupun agak kelat .. emm merindukan belahan jiwa memang menyakitkan .. manusia merancangan ALLAH juga merancang dan semua perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik .. maka, selamilah kisah pendek ini yang aku sedut dari page sahabat aku walapun sudah lama tak bersapa tapi coretannya masih berbisa ... kisah perihal memilih seseorng untuk dijadikan teman hidup ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~
janganlah bercita-cita kisah rumahtangga yang aman, bahagia, seandainya, hanya 'kecantikan' or 'kehenseman' yang menjadikan 'kamu mencintainya'..

kerana, jika itu sahaja yang menjadi tujuan, maka, kisah rumahtangga itu mungkin tidak dapat bertahan dengan lama..

"ya, fitrah manusia, suka pada yang cantik, pada yang comel, tanyalah pada hati sesiapa pun, itu jawapannya,

tetapi ingat, jangan kamu cintai seseorang kerana kecantikannya, kerana kehensemannya, kerana,

nanti, apabila temanmu itu, pasanganmu itu melakukan kesalahan, kesilapan, kamu tidak berani untuk menegurnya..

cintailah ia, kerana dia mempunyai hati yang baik, dan ia mampu menjadi teman yang baik buatmu,

kelak, jika dia melakukan kesalahan, dia terbuka mendengar teguranmu,

atau, kelak, apabila kamu melakukan kesalahan, dia mampu menegurmu dengan BIJAKSANA tanpa menguris hatimu,

jangan cintai ia dengan hanya dia mempunyai kecantikan atau kehenseman,

kerana nanti, kamu akan menjadi 'hamba' kepadanya"..

"tapi, kecantikan, dan kehenseman, tidak boleh diabaikan..

sedangkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ,ketika hadirnya seorang sahabat kepada baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ,lalu bertanya sahabat ini ;

"ya Rasulullah, aku ini ingin bernikah dengan seorang wanita."

telah berkata Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ; "Apakah kamu sudah melihatnya?"

jawab sahabat ini ; "belum ya Rasulullah"

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dengan tenang meminta ;

"pergilah kamu melihat wanita yang hendak dinikahi itu, agar hatimu tenang dengannya, dan lebih yakin untuk menikahinya."

Hal ini menunjukkan, kecantikan, dan kehenseman itu juga perlu dilihat, agar hati lebih tenang..

tetapi kecantikan, dan kehenseman ini adalah 'suatu hal yang berbeza' bagi setiap manusia..

ada yang melihat begini, cantik..begitu, kurang cantik..begini pula, kurang cantik..begitu pula, cantik..

ia berbeza-beza..

tetapi jangan abaikan, kerana soal hati bukan suatu soal yang mudah bagi kita manusia biasa yang hati sangat lemah, kerana nanti boleh menimbulkan masalah yang lebih besar kelak..

dan, akhirnya, walau cantik seseorang wanita, walau hensem seorang lelaki,

jika dia tidak mempunyai hati yang baik, hati yang lemah lembut, hati yang sopan,

mungkin nanti, kamu bermasalah untuk menegurnya bila dia ada melakukan kesalahan sebagai isterimu..

sebab itulah Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menasihati memilih wanita itu pada agamanya,

maksud beragama ini, luas, dan lebih utama ia membawa makna, mempunyai hati yang baik, sopan, lemah lembut, sama ada di dalam pertuturannya, dan perbuatannya, serta luarannya..

maka, dengan itu kehidupan kamu lebih tenang bersamanya..

tidak ada masalah untuk menegurnya kerana dia lapang denganmu, dan tidak ada masalah dia menegurmu kerana dia bijaksana di dalam menyusun kata-kata dan tingkahlakunya ketika berhadapan denganmu.."

~~~~~~~~~~~~~~