Saturday, November 24, 2012

pilihan Allah... ianya adalah terbaik untuk kita


sebelum bebuka puasa nak bertazkirah bab jodoh sebab tadi sempat mentelaah satu n3 yang sangat membangkitkan rasa bertuhan .. "sesungguhnya manusia itu besifat dengan kekurangan dan dengan kekurangan itulah yang meguatkan kita" .. 

dah banyak kali aku ulang ayat ni sebab aku tahu allah tak penah sama sekali megecewakan aku .. dan aku yakin akan sesuatu itu ada hikmahnya ^__^ insyaALLAH bila kita sayang ALLAH ,ALLAH juga sayang kita .. dan dia tidak akan biarkan kita bersendirian , pasti akan ada orang yang sudi menjadi penguat dlam diri dan sekarang aku dah jumpa seorang insan itu ... walau punyai perasaan itu tapi masih terlalu awal untuk mengenalnya .. semoga ALLAH mempermudahkan urusan .. amen .. 

petikan dari n3 yang aku baca tadi sikit jer ok nak baca lebik sila ke iluvislam.com dalam slot remaja dan cinta tajuk n3 tak ingt .. 

 "Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah!  Janji Allah itu pasti benar."


jika seorang perempuan bertemu seorang lelaki atau lelaki bertemu seorang perempuan.. dan mereka berkwan baik.. dan saling menyukai antara 1 sama lain.. adakah itu jodoh mereka jika mereka berusaha utk bersatu?