Thursday, August 16, 2012

hidup berorganisasi

"dalam organisasi yang begitu kecil pun sukar untuk disatukan dikalangan ahli dalam organisasi, inikan pula dalam organisasi yang begitu besar?... jadi, teori kesatuan dikalangan manusia sukar untuk diadaptasikan, tetapi dengan teori toleransi dalam perbedaan diadaptasikan, mungkin berjaya mengurangkan perbalahan"

jadi kalau ada yang tidak puas hati bila seseorang itu menjadi pemimpin dia harus terima hakikat bahawa manusia itu bersifat dengan sifat yang lemah dan tidak sempurna .Sebagai seorang pemimpin ketetapan dan ketegasan dalam membuat kenyataan dan tindakan adalah satu kuasa yang mutlak yang ada padanya untuk menetapkan sesuatu keputusan . (kadang-kadang suara majoriti harus diutamakan tapi masih kurang kuasanya jika dibandingkan dengan suara pemimpin)

~~~~~~~~
nasihat abah nik buat ketua pengurusan hari tu yg sempat aku catat

1.jangan membuta tuli membuat keputusan
2.jangan tepengaruh suara minoriti(kawan, keluarga, orang kanan dan berkepentinan sendiri)
3.sentisa bijak megurus masa terutama mesyuarat
4.jangan terlalu emo dan menolak idea tampa sebab
5.sentisa memandang sesuatu isu itu dengan serious (tiada "joke" dalam organisasi)
6.kurangkan ahli dalam bilik mesyurat

(jika boleh- minimumkan ahli yang terlibat/asingkan megikut jawatan)
untuk mesyuarat koprat hanya ketua dan timbalan unit yang terlibat serta ajk yang berkepentingan saja yang terlibat

untuk mesyuarat umum semua ahli terlibat - jika boleh minimumkan bilangan ahli

7.sentiasa berfikiran positive (setiap masalah mesti ada jalan keluar)
8.jujur & amanah dengan tanggungjawab